.................................................................................

.................................................................................
Related Posts with Thumbnails

DJLRC Delivery Calendar

29 May, 2015

Testimonial terbaru hari ini.....Jamuan Menyambut Hari Guru di SKSS

Biarlah Yang Foto Berbicara....







Read more...

22 May, 2015

This winner of a chicken dinner is our home made favorite dinner/supper for weekends or easy entertaining with friends.

Read more...

19 May, 2015

LRC with Am

Tuesday, May 26, 2009


UP.......LRC juga sesuai untuk Majlis Perkahwinan.


Sebenarnya sudah beberapa kali saya memesan Lemon Rosemary Chicken dari Kak DD dan suami. Kali pertama untuk kakcik di Puchong, kali kedua untuk saya dan suami dan ketiga untuk dijadikan hidangan makan beradab ketika majlis walimah anak saudara sepupu suami saya pada hujung minggu yang lepas.


DJ-LRC ini amat sedap...pada saya yang istimewanya adalah aroma lemon dan herba rosemary yang digabungkan. Ayamnya lembut dan tiada langsung bau atau rasa hanyir..boleh dimamah sepenuh perasaan sehingga tulang..hihihi... Kakcik saya adalah seorang yang agak cerewet tetapi kata kakcik..sedap dan lembut dagingnya..kakcik menyediakan nasi lobak merah untuk dimakan bersama LRC ditambah pula dengan air asam dan juga acar buah. Wahh...lagilah sodap... Hujung minggu lepas pula walimah Janna dan Azmi. Saya terkilan kerana tidak sempat memasak hidangan untuk mempelai (saya biasa melakukannya- untuk majlis kaklang dan kakcik serta adik bongsu saya). 2 hari sebelum majlis saya tergerak hati untuk membuat pesanan LRC Kak Dd. 3 ekor ditempah. Seekor untuk majlis makan beradab, seekor untuk sepupu suami saya dan keluarganya serta seekor lagi untuk saya bawa pulang ke rumah.

Ulasan berikut diperolehi semasa hidangan pengantin di bawa masuk ke dalam rumah selesai sesi makan beradab dan ketika saya membawa separuh ayam yang dibawa pulang ke rumah acik petangnya..untuk diberikan pada Along. (tidak payah saya ceritakan lokasi kejadian berlaku kerana seharian Ahad yang lepas saya dan suami ke sana ke mari untuk memenuhi tuntutan jemputan dan tanggungjawab)

-Kak Ita: "Sedap, " sambil tangannya ligat menarik daging ayam yang lembut itu.

-Kak Yah: "Sedak..biasanya kite dok makang bende pelik-pelik gini..tapi hok ni bule makang.." sambil meratah kentang dan lobak merah.

-Along: "Ok...nanti balik order lagi ekk," yolah tu...huhuhu
-Pengantin: "Maaflah umi su...tak sempat makan..asyik amik gambar je tadi..." cehh...!! bertanya pada pengantin baru memang begitu. Kenyang dirasakan yang dihajati dah dimiliki. Hihihi..Selamat Pengantin Baru Jana dan Azmi.

Kesimpulannya...

1. DJ-LRC memang sedap dan sesuai untuk dijadikan hidangan bagi keluarga, majlis
perkahwinan atau keramaian yang lain.
2. Harga sangat berpatutan.
3. Servis penghantaran oleh Abang Jaz dan Kak DD memang sangat bagus. Tidak pernah
terlewat malah sering on time atau terawal.
4.Penghantaran mereka hanyalah pada hujung minggu kerana mereka berdua berkerjaya. Untuk hari bekerja, mereka jarang mengambil tempahan.
5. Penghantaran biasanya bukanlah di hadapan pintu rumah, mereka ada 'collection point' untuk setiap kawasan.

Maka..silalah jenguk laman blog mereka di www.dj-lrc.blogspot.com
Selamat berjaya buat pasangan suami isteri ini. Moga dimurahkan rezeki mereka dalam perniagaan. 9 dari 10 cabang rezki itukan dari perniagaan!!
p/s: Maaf, mutu gambar kurang memuaskan, saya terlupa membawa cik ollie bersama. Hanya kamera telefon bimbit yang saya gunakan.



tqvm: amlizan

Read more...

13 May, 2015

DJ LRC Relaunch!!!!!!!

Relaunch.....


Read more...

07 May, 2015

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP