.................................................................................

.................................................................................
Related Posts with Thumbnails

DJLRC Delivery Calendar

15 Ogos, 2009

LRC with Misz Honey

DJ - LRC = YUMMY!!!

Salam Last week aku bertemu janji dengan Kak Didi dan Lemon Rosemary Chicken nya. Di sebabkan aku teringinnnnnn bangat dengan ayam tu bila aku nengok blog kak Didi. Menyelerakan. Aku xdapat tahan, tros sms kak Didi tanya bile leh dating dgn ayam dia ekekekke. Selepas saling berbalas sms, akhirnya kami setuju untuk berjumpa di Ampang Point jam 9 pagi. Tepat jam 7.30 pagi , tatkala ayam pon berkokok di bawah apartment aku (kuat kan kokokan ayam tu smpai tgkt 8 aku leh dgr ekekke) Hasya mengejutkan aku. Aku yang masih dalam keadaan mamai, suh Hasya tido balik. Hasya refuse until dia bunyikan kokokan ayam seperti biasa yg di lakukan bila dgr bunyik ayam, tros aku teringat akan janji ku pada kak Didi. Aku bangun dan teros siapkan Hasya dan diri sendiri. Lepas siap baru kejutkan Santos.
Then kak Didi sms bgtau hubby dia dah sampai kat Ampang Point. Dengan segera kami bergerak menuju ke destinasi. Dari jauh terlihat kelibat seorg jejaka berdiri di samping moto nyer. Then amek brg tros balik memandangkan hasben kak Didi seorang yang pemalu. Sempat bertanya pada si husband tentang kak Didi. Katanya kak Didi sibuk di rumah. Maybe tengah bersilat dengan ayam gamaknyer ekekeke.


Dalam kereta, aroma kesedapan dah terasa. Tak sabar nak menjamah makanan dari kak Didi. Dah ghupa macam orang peknen mengidam akakakka (wei2..aku xpeknen yek...mencik ekekek). sampai umah aku bukak potato dulu..sedap. Aku bagi Hasya rasmi kan dulu. punya la dia excited coz dapat makan mende baru. Then selak plastik yang mengandungi ayam. Oh..tidak..nampk ayam yg begitu cantik bertelurkan lemon ekekeke. Aku simpan dulu, then makan waktu lunch. Aku belah dua ayam tuh..coz sebelah lagi simpan utk dinner. Tak terabes makan ayam golek sekor tu. Memang sedap, mmg lembut ayam tu, senang nak makan. Hasya pon senang kunyah since gigi dia pon tengah tumbuh. Hilang kempunan aku nak makan LRC kak Didi. Sebbek dapat, kalo tak dapat alamat batu belah batu telingkup la aku akakkaka. Ni suma Minah la punya pasal dok nampak dalam blog dia aritu & aku rasa tengah ari tu msti kak Didi anto kat umah Minah..kan minah kan..kan...ekekekke



Disebabkan kekenyangan dengan potato tu, aku simpan LRC untuk lunch ari ahad. Kebetulan mentua aku singgah di rumah sementelah dorang baru balik dari kenduri pertunangan anak mak long, Azmer. Aku jamu la ayam tersebut dengan sos nya. Aku panaskan dalam microwave, dalam ati riso lak ayam tu terkeras coz dah masuk lam fridge semalaman & pastu masuk lak lam microwave. Masih lembut LRC neh, di samping rasanya yang ala2 masam2 di sebabkan aku buh lemon atasnya. MIL & FIL aku bergilir2 makan LRC. Siap tanya resepi. Ada brani kak Didi? ekekkeke. Alhamdulliah, abes makanan suma di samping LRC tersebut. Memang sedap, memang enak, memang menyelerakan. Lepas dendam aku tingin makan LRC kak Didi. Next time leh order lagik..hehehhe. 2 thumbs up for kak Didi & Abg Jaz.

Thanks to Kak Didi & abg Jaz for the delicious LRC.

dah kenyang..leh tidoooo

Adios
Labels: ,





Yg penat menaip: Misz HoNey Jam: 11:00 AM | Link

0 Bagi Pendapat:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP